Searching...
07 Jun 2013
8:21 PTG 0

Gambar Perkahwinan Zahid Af Dan Isterinya

Penyanyi dan penyampai radio ERA fm, Zahid AF atau nama sebenarnya Ahmad Zahid Baharuddin,33 selamat bergelar suami kepada Sarah Julifa Yusof,25 apabila mereka diijabkabulkan dengan sekali lafaz.

Zahid AF dan Sarah selamat di’nikahkan oleh jurunikah Tuan Haji Jaafar bin Haji Puteh di Masjid Daerah Sultan Idris Shah II, Teluk Intan sekitar jam 3.30 petang hari ini.

Terdahulu Zahid AF memberikan kenyataan kepada mStar Online di mana beliau memilih Sarah sebagai teman hidup kerana wanita itu telah berjaya membuat hidupnya kini lebih teratur & ianya satu kualiti yang baik.

“Saya seorang yang ringkas dan tidak terlalu memandang serius pada sesetengah perkara dan kehadiran Sarah telah banyak mengubah diri saya supaya lebih berdisiplin terutama dalam soal masa & pengurusan wang”
Pasangan ini akan melangsungkan majlis resepsi pertama mereka esok manakala 15 Jun 2013 akan diadakan majlis sambut menantu di sebelah keluarga Zahid AF yang juga akan diadakan di Teluk Intan, Perak.

Tahniah buat Zahid AF dan Sarah serta keluarga kedua dua belah pihak. Berikut beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan pasangan ini untuk tatapan anda. Terima kasih untuk ERA fm. – Rotikaya
12



13


14
15
16

0 comments:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.